Angkara durjana,ramai menderita

Ramai kata, kalau elektrik tak ada, ok lagi. Tapi kalau air tak ada, memang sengsara. Teringat kata-kata pensyarah ku semasa Master dulu. Katanya, manusia boleh hidup kira-kira 3 bulan kalau tak ada makan. Tapi kalau tak ada air, 2 minggu sahaja. Ya benar katanya. Kerana dalam al-quran pun dah bagitau, semua benda hidup memerlukan air. Manusia contohnya, memerlukan lebih kurang 70 peratus air dalam badan. Selebihnya lemak,tulang,darah. Hidupan aqua memerlukan 100 peratus air untuk hidup.

Pagi tadi, kira-kira jam 10.30 pagi, air baru masuk paip rumah setelah 2 setengah hari bekalan air terputus. Dan putusnya itu tidak dimaklum awal. Terus putus. Jadi memang tak sempat nak menyimpan kecuali tangki yang ada jer. Kat rumah ni ada 5 bilik air, 4 pakai tangki. Agak bernasib baik jugalah berbanding orang lain. Pagi tadi ambil wudu guna air botol. Stok air tinggal kat bilik air ma ayah jer. Semalam pun tak mandi.Pagi semalam mandi kat Masjid dekat dengan pejabat aku. Nasib baik banyak tempat mandi. Alhamdulillah.

Ramai netizen dok mencemuh pembekal air di Selangor sebab tak notis awal, pastu tak bagi bantuan tangki ke rumah, lambat respon dan kemaskini especially kat Twitter. Macam-macam komen aku baca. Ada yang ekstrem tahap mencarut dan ada juga yang baik-baik. Yang ekstrem tu yang tak tahan. Susah betul nak jaga adab ketika merespon. Ramai nak tau apa puncanya, apa tindakan dan bila nak setel. Ya lah, air kot. Macam dok negara afrika pulak tak ada air. Atau macam dok negara Palestin, Syria,Yemen yang tengah berperang. Teruk-teruk kita tak ada air, teruk lagi diorang. Satu apa pun tak ada.Tinggal nyawa jer. Tu pun bernasib baik nyawa ada. Walaupun krisis, masih lagi perlu bersyukur.

Siapalah tangan durjana yang berani sebabkan 1.4 juta orang tak dapat air. Dalam berita ke, internet ke tak pulak dibongkarkan siapa gerangannya. Insiden bukan sekali dua, dah banyak kali. Tapi silap plannig juga. Loji air patut di atas, jauh dari kawasan pembangunan. Manhole pun letak kat bawah dari intake loji. Ramai yang kata sabotaj. Konon nak sabotaj kerajaan Selangor sekarang. Perang saraf. Nak provoke guna isu air. Yang diprovoke tu mungkin tak terkesan dengan tak de air ni. Yang sengsara rakyat marhain ni jugaklah. Yang diundi senyap sahaja. Yang sengsara pengundi yang mengundi orang yang diorang suka sangat. Si durjana itu agaknya culprit dari dulu. Kerajaan pun lemah jugak. Patut air dah kecoh bagai, dah boleh declare state of disaster. Doaku agar si durjana itu ditangkap dan penjara dan tidak diberi makan minum selama sebulan. Biar dia rasa sengsara kalau air tak ada.