BUAT RENUNGAN INSAN YANG BERGELAR LELAKI……….

BUAT RENUNGAN INSAN YANG BERGELAR LELAKI……….

Wanita : Akal Senipis Rambutnya

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, akal, hati dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walaupun ada segalanya
Apa yang ada dalam syurga, namun Adam tetap rindukan Hawa
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki
Tapi kalau lelaki sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan yang ditunjukkan olehNya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan nantinya mereka semakin menderita
Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situ punca bagi kekuatan deria
Akal setipis rambutnya
Tebalkan ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman
Perasaan selembut sutera
Hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situ nantinya mereka akan nilai dan keadilan Tuhan
Bisikkan ke telinga mereka
Bahawa kelmbutan bukan satu kelemahan
Ia bukan diskriminasi tuhan
Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan
Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok
Itulah akibat wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara
Lelaki pula janganlah harapkan ketaatan, teteapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepada-Nya
Jinakkan diri kepada Allah nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra
Andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karam Allah Wajhah

Copyright RNI@ 2003