KISAH OKU CACAT AKAL MENCARI PEKERJAAN

TOLONG VIRALKAN & BACA SAMPAI HABIS

Bismillah…Entah dari mana nak mulakan cerita ini. Cerita ini lahir dari hati nurani ini. Betapa manusia ini memandang remeh akan kesusahan dan kepayahan yang orang lain hadapi. Walaupun nampak ianya tenang seperti air laut, namun geloranya tak siapa tau..bila2 masa akan bergelombang.

Alkisah pada hari ini, pagi-pagi lagi Aidil, adik bongsu yang OKU sejak lahir,kini umur mencecah 30, mengajak aku ke Taman Sinar Harapan Cheras, Kajang. Hajatnya untuk bertanya macam mana nak masuk sana. Dia dapat tau dari Talian Nur. Maka, aku pun bawalah dia ke sana. Hujung minggu aku memang spare untuk dia saja. Sesampai disana, berjumpalah dengan staf yang ada. Staf itu pun explain pasal kemasukan di Taman ini. Katanya, tak payah datang sini pun, boleh dapat info dari JKM HQ pun dah ok. Apabila aku bertanya, OKU yang macam mana diterima masuk. Katanya, OKU Slow Learner pun ada. Umur sampai 35. Mereka akan bagi latihan hingga boleh kerja. Dalam 2 tahun macam tu. Ada asrama. Kalau ada ubat, mereka akan bawa check up ke hospital yang dirujuk. Ada yang boleh bekerja di Mydin, KFC, stesen minyak shell, walaupun hanya kerja menyusun barang. Bagaimaanapun,pihaknya hanya terima kemasukan yang dicadangkan oleh JKM Putrajaya atau Pejabat JKM Daerah. Aku agak teperanjat dengan ceritanya itu. Aidil jugak agak shock. Bukan Aidil tak biasa pergi ke kedua-dua tempat ini. Boleh kata orang dI tempat ini kenal dia. Dah banyak tempat aku dan Aidil reki2 untuk cari tempat buat aktiviti. Bengkel Daya Klang, PLPP, Taman Sinar Harapan sana-sini.

Staf tu beritahu lagi, di Bengkel Daya Klang pun ada terima OKU Slow Learner. Lagi buat aku tak senang hati. Bukan sekali dua aku ke Bengkel Daya tu, dah berkali-kali, habis duit minyak tol ulang-alik dari Putrajaya. Borang dah isi, pun kena reject. Dalam borang tu, ada medical report dari pakar perubatan. Agaknya bila tengok report tu, terus diorang reject kot. Semua tempat sama. Masing-masing sceptical bila tengok report yang mengatakan Aidil agak agressive. Takut cederakan orang. Ya lah, dah dianggap macam orang gila. Mana boleh campur dengana orang lain. Orang gila elok dok Hospital Bahagia jer. Dok kat wad psikiatri jer. Mentaliti dan persepsi orang zaman social media ni masih tak berubah!

Habis info staf tu cerita, Aidil pun dah tau lah apa makna JKM reject dia. Dia pun ada hati, ada perasaan. Dia boleh faham apa yang orang cakap. Walaupun akalnya sikit shot, tapi Allah kurniakan dia otak luarbiasa. Terus dia minta hantar ke Hospital Kajang, minta untuk duduk kat wad. Kat wad, kurang2 ada kawan, walaupun kawan dengan orang gila. Minggu ni,dah dua tiga hari dia mencari kerja kosong dengan ayah. Hasilnya semua menghampakan. Tak ada orang nak terima OKU macam dia. Bila sebut OKU Mental, semua ingat orang gila yang dapat kad OKU. Bukan orang awam saja. Yang profesional pun tak pandai bezakan Cacat Akal dengan Orang Mental / Pesakit Psikiatri. Memang Aidil banyak kali keluar wad psikiatri. Semua hospital di Lembah Klang ini habis dijelajah. Semua ubat yang high dose semua dah ditelan. Tapi apa punca Aidil jadi macam ini, tidak pulak profesional bertanya root causenya apa. Macam mana boleh jadi macam ini. Last2 solution duduk kat wad dan bagi ubat. Itu je lah. Penat dah nak explain kat diorang ni, pun tak faham2. Ataupun tak nak faham sebab bukan kerja dia nak selesai masalah orang. Jika ada pun, aktiviti Terapi Pekerjaan yang seminggu sekali, dah yang empat hari lagi tu nak buat apa pun tak taulah.

Aidil bukan tak pernah bekerja. Macam-macam tempat dah kerja. Dik kerana dia cacat akal yang sikit, termasuk ada behavior problem, dia terpaksa berhenti. Adakalanya orang buli dia. Adakalnya bila dia terlalu penat bekerja, dia merasakan dia perlu berhenti kerja. Walaupun ada gaji yang mencecah RM1000. Ayah dan aku sudah penat mencari kerja yang sesuai untuknya. Di sekitar Putrajaya , Kajang, Sg Besi. KFC, McD, Pizza – semua restoran segera dah mohon. Tapi mana nak ambil orang macam ni. Kejap-kejap berhenti. Pergilah reki kt Giant, AEON, Mydin, semua nak pakai orang Indon/Bangla untuk kerja cleaner. Syarikat cleansing yang lain pun sama jugak. Orang Indon/Bangla yang diutamakan. Yal lah, boleh bagi gaji murah dan dapat profit tinggi. Orang meniagalah katakan. Lepas tu, mestilah company tak nak ambil risiko orang cacat mental ni. Takut mengamuk.

Dia bukan tak pandai. Bercakap memang pandai. Apa saja pasal politik semua dia tau. Sejak dia kerja, tak pernah missed untuk buat korban masa raya haji. Perkara yang orang normal pun belum tentu nak buat. Slack otak dia sikit sangat. Kecik-kecik memang hyperaktif. Asal hujan turun, dia akan hilang. Habis adik beradik semua kena menyiasat di rumah jiran-jiran. Waktu sekolah, dia masuk Kelas Khas sampai umur 20tahun. Sebab itu had umur yang ditetapkan untuk kelas khas ini. Habis tamat sekolah, Aidil sibuk nak cari kerja. Sebab Jabatan Pendidikan tak lagi bertanggungjawab untuk OKU dewasa ni. Dia tak nak duduk rumah saja. Dia pun nak kerja macam abang-kakaknya yang lain. Dia pun nak ada kawan-kawan macam orang lain. Dia tak nak asyik dikurung di rumah sahaja. Dulu, kawan-kawannya adalah orang-orang tua di rumah Sg Besi dan orang2 masjid Sg Besi. Lama-lama orang2 tua ini sedikit demi sedikit dah tiada, meninggal dunia. Lagilah sunyi, tak ada teman nak berborak. Aidil samalah macam orang lain juga. Hidup nak berkawan.

PDK juga Aidil pernah masuk. Tapi kebanyakan PDK campur dengan kanak-kanak. Kalau tiba-tiba Aidil agresif, ibubapa PDK akan minta PDK berhentikan Aidil. Ada juga orang-orang di PDK, bila dengar Aidil masuk wad psikiatri, kata Aidil orang gila. Apakah sama orang yang cacat akal sejak lahir dengan orang normal yang tiba2 jadi gila? Pertanyaan ini tak pernah berjawab. Adilkah persepsi sebegini?

Sekarang Aidil tak tahu nak kemana, nak buat apa. Hanya wad psikiatri sahaja yang ditujunya. Memang ada hospital pernah banned Aidil. Sebab kerap sangat Aidil masuk kecemasan. Sebabnya mengamuk pasal tak ada kerja, tak aktiviti nak buat, tak ada kawan-kawan, so nak masuk wad. Tu jelah kerjanya. Sampai naik malu pun ada. Kat rumah sunyi sepi waktu hari biasa. Ayah dan ma pulak dah ada sakit2 dan umur pun makin lanjut. Adik beradik tak ramai nak berkorban masa dan jiwa untuk menjaga OKU seperti ini. Mungkin Allah telah memilih aku untuk menjaganya sehingga akhir hayat. Moga aku diberi kesabaran tahap global untuk menjaganya.

Cerita ini bukan aku saja yang merasainya, malah ramai lagi keluarga OKU seperti Aidil diluar sana. Ada yang sampai 2-3 orang OKU dalam satu keluarga. Maka bertuahlah keluarga ini, kerana Allah menjanjikan pahala atas kesabaran mereka menjaga orang2 seperti ini. Pintaku diakhir tinta ini, bantulah OKU seperti Aidil untuk mengharungi hidup sehingga akhir hayat. Ubat-ubat hanyalah untuk menidurkan saraf otak mereka untuk sementara sahaja. Pasti ada kesan sampingan dari ubat2 ini kepada yang memakannya. Jarang sekali doktor nak bagitahu apa kesan sampingan itu. Adakalnya juga, ubat ini dibuat eksperimen,contohnya ubat baru. Semua ubat ada bahayanya bila dah sampai limit dose. Itu yang aku tau serba sedikit pasal ubat2 ini. Sebab background aku science-based, dan pernah belajar toxicology walaupun tak mendalam. Ubat-ubatan based dia banyak dari bahan kimia. Bila sebut bahan kimia buatan ni, kita tak tahu after effectnya macam mana. Dan ubat yang Aidil terpaksa makan semua terkawal. Kesannya Aidil jadi lapar selalu dan dipaksa tidur bagi menenangkan otaknya. Begitulah Aidil sekarang.

Bagi kalian yang membaca kisah ini, berilah bantuan seadanya dan doakan agar ada sinar kehidupan bagi Aidil. Tak minta duit pun, cuma bantu jika ada peluang pekerjaan yang sesuai dan doa yang tidak putus. Semoga Allah Azzawajalla membantu kalian yang suka membantu orang lain.Aamiin.

“Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati”

Catatan Kakak Aidil
Sabtu, 12 Julai 2019

#aidilOKU
#persatuanOKUmental
#jkmputrajaya
#HUKM
#HospitalKajang
#mentariputrajaya
#pasarayaPutrajaya

Aktiviti Fasa 2 Kunci Di Rumah

1. Beli baju online

2. Beli album foto online

3. Beli buku online

4. Sedeqah online

5. Post IG,Twitter

6. Baca AlQuran lepas solat

7. Tengok movie drama download

Sekian…..banyak dah tu 😅 Kalau bosan lagi,tak taulah camne nak buat.Sebab aku ni introvert,so memanglah takde masalah dok diam2 kat rumah. Sebab tilam empuk ditemani Mac Pro dan MotoZ2 kesayangan,dengan buku.

Little Women Big Story

My novel

I bought this book once I watched the movie not long time ago. I am very much impressed with Jo@Josephine whom a bookworm just like me. When I start reading, as more pages I went through, more adventure I feel more than portray in the movie. Of course the movie only for less than one and half hour. For it blessing too,this lockdown period would gime ample time to finish it as soon as possible. I couldn’t wait for the ending of the novel,too.

Angkara durjana,ramai menderita

Ramai kata, kalau elektrik tak ada, ok lagi. Tapi kalau air tak ada, memang sengsara. Teringat kata-kata pensyarah ku semasa Master dulu. Katanya, manusia boleh hidup kira-kira 3 bulan kalau tak ada makan. Tapi kalau tak ada air, 2 minggu sahaja. Ya benar katanya. Kerana dalam al-quran pun dah bagitau, semua benda hidup memerlukan air. Manusia contohnya, memerlukan lebih kurang 70 peratus air dalam badan. Selebihnya lemak,tulang,darah. Hidupan aqua memerlukan 100 peratus air untuk hidup.

Pagi tadi, kira-kira jam 10.30 pagi, air baru masuk paip rumah setelah 2 setengah hari bekalan air terputus. Dan putusnya itu tidak dimaklum awal. Terus putus. Jadi memang tak sempat nak menyimpan kecuali tangki yang ada jer. Kat rumah ni ada 5 bilik air, 4 pakai tangki. Agak bernasib baik jugalah berbanding orang lain. Pagi tadi ambil wudu guna air botol. Stok air tinggal kat bilik air ma ayah jer. Semalam pun tak mandi.Pagi semalam mandi kat Masjid dekat dengan pejabat aku. Nasib baik banyak tempat mandi. Alhamdulillah.

Ramai netizen dok mencemuh pembekal air di Selangor sebab tak notis awal, pastu tak bagi bantuan tangki ke rumah, lambat respon dan kemaskini especially kat Twitter. Macam-macam komen aku baca. Ada yang ekstrem tahap mencarut dan ada juga yang baik-baik. Yang ekstrem tu yang tak tahan. Susah betul nak jaga adab ketika merespon. Ramai nak tau apa puncanya, apa tindakan dan bila nak setel. Ya lah, air kot. Macam dok negara afrika pulak tak ada air. Atau macam dok negara Palestin, Syria,Yemen yang tengah berperang. Teruk-teruk kita tak ada air, teruk lagi diorang. Satu apa pun tak ada.Tinggal nyawa jer. Tu pun bernasib baik nyawa ada. Walaupun krisis, masih lagi perlu bersyukur.

Siapalah tangan durjana yang berani sebabkan 1.4 juta orang tak dapat air. Dalam berita ke, internet ke tak pulak dibongkarkan siapa gerangannya. Insiden bukan sekali dua, dah banyak kali. Tapi silap plannig juga. Loji air patut di atas, jauh dari kawasan pembangunan. Manhole pun letak kat bawah dari intake loji. Ramai yang kata sabotaj. Konon nak sabotaj kerajaan Selangor sekarang. Perang saraf. Nak provoke guna isu air. Yang diprovoke tu mungkin tak terkesan dengan tak de air ni. Yang sengsara rakyat marhain ni jugaklah. Yang diundi senyap sahaja. Yang sengsara pengundi yang mengundi orang yang diorang suka sangat. Si durjana itu agaknya culprit dari dulu. Kerajaan pun lemah jugak. Patut air dah kecoh bagai, dah boleh declare state of disaster. Doaku agar si durjana itu ditangkap dan penjara dan tidak diberi makan minum selama sebulan. Biar dia rasa sengsara kalau air tak ada.