Pentingnya IbuBapa Sebagai Teladan Membaca

Satu senario atau babak boleh direnungi seperti ini – Si ayah atau ibu menyuruh anak remaja membaca walhal si anak jarang melihat ayah ibunya membaca, terutama Al-Quran. Si anak berkata “Alah, ayah ibu pun along tengok takde pun baca quran”. Si ayah atau ibu pasti terkesima atau tergamam bila dengar si anak berkata begitu. Sama ada mahu menerima kenyataan atau menafikan – tapi biasanya si ayah atau ibu akan menafikan malah memarahi si anak.

YA, babak begini adalah biasa berlaku dalam kehidupan terutama zaman yang dikatakan canggih manggih, sophistikated, dan yang seangkatan dengannya.Al-Quran Al-Karim adalah sumber bacaan yang agung buat umat Islam. Sayanglah kalau tidak ditelaah walau seminit, sehari, seminggu atau sebulan.Perintah membaca merupakan wahyu yang pertama Rasulullah S.A.W. terima. Begitu besar kepentingan membaca diutamakan dalam kehidupan ini digambarkan dalam Al-Quran.Umat yang cemerlang berasaskan keluarga yang cemerlang.Sudah tentu keluarga cemerlang diidami oleh semua keluarga di dunia ini. Salah satu pemangkin keluarga cemerlang ialah mendidik anak supaya membaca dan menjadikan diri sendiri sebagai idola membaca kepada anak-anak. Langkah pertama, ibubapa hendaklah memupuk diri mereka untuk membaca. Apa saja jenis bahan bacaan – buku, novel, majalah, akhbar, komik atau e-buku, asalkan yang bermanfaat boleh saja dibaca tak kira masa, tempat dan keadaan. Di rumah, penuhi ruang bilik dengan koleksi bahan bacaan. Langgan akhbar setiap hari kalau boleh. Akhbar masih boleh dikatakan sumber bacaan yang paling murah setakat ini. Waktu santai, ibu bapa membaca bersama dengan anak-anak, walaupun mereka masih kecil. Waktu selepas solat, baca quran bersama-sama dengan anak-anak dan baca tafsirnya sekali. Al-Quran dengan terjemahan adalah sumber yang paling bagus untuk pendidikan anak-anak.Ibu bapa juga perlu membiasakan diri membeli bahan bacaan untuk anak-anak sejak dari kecil, walaupun masih bayi. Fakta mengenai bayi ialah waktu umurnya antara 1 hingga 3 tahun ialah waktu otaknya cepat berkembang dan cepat mempelajari sesuatu.Tapi tak usahlah memaksa bayi untuk cepat belajar, cukup dengan cara bermain sambil belajar dengan mereka. Seperkara lagi, dengan menggalakkan diri sendiri membaca, ibu bapa secara tak langsung meningkatkan pengetahuan mereka. Membaca juga boleh menyedarkan seseorang tentang sikap dan tabiatnya yang dahulu adalah tidak baik. Contohi ulama-ulama, nama-nama jutawan yang tersohor; mereka semua amat meminati membaca. Dan pastinya contoh terbaik adalah Rasullullah S.A.W.Dan juga mulai membaca dengan Bismillah.

Jadi, pada mereka yang akan bergelar ibu bapa atau telah menjadi ibu bapa, tanamkanlah minat membaca dalam diri anda sekarang. Anak-anak anda pasti berbangga apabila ibu bapanya dapat dijadikan idola mereka suatu hari nanti.

Sentiasa ingat bahawa ibu bapa adalah teladan terbaik bagi anak-anak.

Sekilas terjemahan surah Al-Alaq (1-5):

“Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.Yang mengajarkan manusia melalui pena dan tulisan.Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

IslamicAnswers.com: Islamic Advice

Islamic marriage advice and family advice

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: