Sikap melambangkan peribadi

Sedih betul bila aku tengok ada sampah kat surau tempat keje aku.Geram pun ada. Padahal yang solat kat situ orang islam, perempuan plak tu. Bukan sekali dua tapi dah banyak kali. Patutnya orang islam kena sensitif bab kebersihan. Nak nak dekat tempat ibadah. Aku kalau bab-bab kebersihan ni memang sensitif sangat. Sebab dari kecik memang dah diajar bersih dan kemas. Kerja pun bab-bab kebersihan, menguruskan sampah. Aku memang tak boleh terima kalau orang islam sendiri tak bersih. Sebab ada orang kafir – Jepun misalnya lagi bersih dari orang islam. Sebab aku dah tengok dengan mata kepala aku sendiri memang bersih. Paling bersih tempat buang air. Pernah aku solat berhampiran toilet dia. Memang kelas dan bersih yang amat. Itu tempat yang aku pergilah. Tak tau lah ada tempat kotor kat Jepun tu. So far yang aku tau orang Jepun memang pembersih dan pengemas orangnya. Orang kita, orang melayu dan islam pun pembersih juga. Tapi mungkin tak seramai orang Jepun yang tradisinya memang begitu. Tapi yang paling aku tak faham ialah kenapalah orang-orang yang solat kat surau tu tak nak buang sampah walhal tong sampah taklah jauh mana pun. Pelik dan hairan sikap manusia macam ni. Tak sensitif langsung! Aku rasa mesti kat rumah diorang ni pun bersepah-sepah dan kotor. Haa…….teringat plak aku satu cerita. Kisah benar ni. Housemate kakak aku kat Sabah. Dia memang telah disahkan pengotor. Tak pernah sepanjang hayat aku ni jumpa orang sebegitu rupa. Ada ke patut barang-barang dapur dibiarkan sampai berulat, lantai bersepah-sepah, penuh dengan barang. Baju sidai lintang pukang.Tapi pandai bergaya plak.Peti ais selagi muat selagi tu disumbat. Kalau kakak aku tak ada, memang tempat sarang penyakitlah jawabnya. Memang patutlah dia selsema manjang. Kalau tengok dari luaran dia, memang orang tak syak orangnya pengotor tahap cipan. Sebab orang tu pandai melawa. Ha…tu lar jangan ingat orang yang pndai bergaya ni pembersih orangnya. Tapi sekarang kakak aku dah pindah. Tahan dengan keadaan rumah tu yang macam rumah sampah. Entah housemate dia tu insaf ke tak aku pun tak tau. Begitulah ceritera aku hari ni. Sekurang-kurangnya penyakit hati aku ni dah terkurang sikit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

IslamicAnswers.com: Islamic Advice

Islamic marriage advice and family advice

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: