Jiran Oh Jiran

Ayah dan ma hantar aku lagi hari ini ke pejabat. Mula-mula hantar Aidil dulu, kemudian barulah hantar aku. Dalam kereta, macam-macam yang ayah, ma dan aku borakkan. Dari satu topik ke satu topik. Sememangnya keluarga aku kalau bab bercerita, nak-nak isu politik, memang kecoh. Ayah yang suka membaca surat khabar adalah orang yang paling lantang bersuara. Mana taknya, tiap-tiap petang, dok wakaf berkumpul dengan golongan orang-orang pencen. Suara ayah boleh dengar dari atas.

Dalam kereta, ma bukak cerita pasal jiran sebelah kat rumah desa pinggiran. Ma kata susah betul nak tengok jiran sebelah keluar rumah. Ma kesian kat anak-anak dia yang tak bebas nak main. Ma kata, buat apa beli rumah teres kalau anak-anak tak boleh nak main kat luar. Aku pun perasan jugak. Selama aku datang kat rumah tu, itupun hujung minggu, masa orang bercuti, pun susah nak tengok dia keluar walaupun keretanya ada. Kami sekeluarga kehairanan melihat jiran macam tu. Teringat pulak kat aku masa kursus English kat Intan. Ada sekali kami diminta bincang tentang macam mana nak tarikh perhatian jiran baru supaya bergaul sama. Macam-macamlah caranya. Ada yang kata ajak jiran pergi kenduri, gotong royong ke. Aku rasa cara tu pun dah dibuat kat area rumah aku tu. Kat situ orang-orangnya aktif jugak bersosial. Ada ceramah, kenduri sana-sini. Cuma aku je yang malas nak ikut serta. Lagipun ma dan ayah dah ada. Berbalik kisah jiran aku tu, hanya sekali je aku jumpa masa buat kenduri naik rumah. Tapi dia datang pun kejap. Sesekali aku terserempak dengan orang gaji dia. Kakak jiran sebelah lagi pun kata susah sangat nak nampak dia. Cik Ita, orang aktif kawasan rumah aku tu pun kata puasa dah mengajak tapi tak datang-datang jugak. Dia pun dah mengalah. Aku kata, mungkin dia takut anak dia kena culik kot. Sebab tu tak bagi anak-anak dia main kat luar. Ayah pulak kata, kalau nak mati tu, kat mana-mana pun Allah boleh ambil nyawa. Aku pulak cadangkan kat ma supaya buat muka selamba je pegi serbu rumah dia. Buat-buatlah nak bagi benda ke. So, nak tak nak dia akan bukak pintu. Ma teringin sangat nak masuk dalam rumah dia nak tengok macam mana rupa rumah dia yang dah diubahsuai yang menelan belanja hampir ratusan ringgit. Itu je lah cara yang aku boleh cadangkan kat ma. Maklumlah ma dan ayah orangnya memang peramah sesangat kalau jumpa orang. So, takde masalahlah ma atau ayah nak approach orang.

Ayah tambah lagi, jiran disebelah jiran yang tak keluar rumah tu pun sombong jugak. Ayah pernah tegur dan bagi salam. Orang tu hanya cakap “haah” tanpa jawab salam pun. Ma pun dah terkena dengan isterinya. Kisah lain pulak, ada jiran yang buat tembok batu macam penjara pudu. Semua jiran-jiran aku yang berdekatan pun tak setuju dia buat macam tu. Untuk apa tembok tinggi-tinggi. Kalau pencuri nak masuk pun dia boleh panjat. Kalau ada CCTV pun, dia akan cabut wayar CCTV. Pencuri sekarang cerdik. Kak Kaseh pun kata agaknya dia memang taknak bercampur dengan orang yang setaraf dengan dia. Maklumlah, orang tu banglo, dia hanya semi-D. Kala jadi apa-apahal baru padan muka. Siapa lagi yang dia nak mintak tolong selain jirannya.  

Mendengarkan cerita-cerita tentang jiran ni, aku pun insaf. Aku bukan taknak bercampur dengan jiran, nanti ma dan ayah membangga-banggakan anak dia yang seorang ni. Tapi so far, aku ok jer dengan makcik-makcik kat rumah sekarang. Kalau diorang tegur, aku balas. Tapi belum sampai tahap nak ikut serta dalam kenduri-kendara. cukuplah ma dan ayah jadi wakil.

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

IslamicAnswers.com: Islamic Advice

Islamic marriage advice and family advice

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: