Hijrah – Dimensi Baru Hidup?

Telah masuk empat bulan aku berhijrah ke sini. Sebelum berhijrah, aku dan kawan-kawan yang ikut serta berhijrah banyak membuat analisis apa akan berlaku jika kami berhijrah. Banyak faktor yang diambilkira. Setelah berhempas pulas bekerja siang dan malam, memikirkan keadaan kerja yang tidak setimpal dengan duit gaji yang diterima dan tanggungjawab yang dipikul, akhirnya aku dan kawan-kawan nekad untuk berhijrah. Kini, masing-masing telah selesa dengan keadaan baru yang amat jauh berbeza dengan yang dulu. Namun bagi aku, terlalu selesa sangat tidak menyenangkan aku. Aku mendambakan keadaan yang sibuk seperti dulu. Aku yang telah dilatih sebagai “pengurus” di pejabat lama rasa kekok dengan kekurangan kerja. Mungkin orang akan merasa pelik dengan apa yang aku rasa sekarang. Ya, aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Apa yang aku inginkan ialah memberi sesuatu yang aku rasa dapat menyumbang dalam kerja seharian ku di pejabat. Pernah juga aku mengomel pada kawan-kawan aku bila mula-mula masuk tempat baru tapi kelama-lamaan aku senyap. Ada sesekali aku bangkitkan bila aku merasa amat bosan. Aku tau kawan-kawanku tidak bersetuju dengan caraku ini. Aku hairan, macam manalah orang boleh bekerja dengan keadaan sepertiku sekarang ini. Pada aku, ia hanya makan gaji buta.

Tapi benar kata kawanku, bukan salah aku keadaan ini berlaku. Ketua aku yang bertanggungjawab. Sudahnya bila aku merasa bosan, aku akan melayari internet sepuas hati aku atau bercuti. Mungkin tahun ini aku tak sempat nak bawa cuti ke tahun depan. Apa yang aku hadapi sekarang ini, aku hanya mampu berdoa kepada Allah S.W.T moga diberi petunjuk dan jalan yang memudahkan aku dan keluargaku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

IslamicAnswers.com: Islamic Advice

Islamic marriage advice and family advice

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: