Bos Oh Bos……

Terfikir pulak aku nak tulis bab ni hari ni. Entah kenapa laju je aku menaip bila dah habis time makan. Mana taknya, kawan aku tetiba buka cerita pasal hal-hal bos ni time makan tadi. Tapi, yang penting hari ni aku berjaya tak tido time makan tadi.Hahahahaha…..Ok.Kembali kepada tajuk di atas (formal semacam je bunyinya), rata-rata bulan ni aku banyak mendengar cerita mengenai perangai bos. Ada ok dan tak ok. Tapi banyak yang tak ok. Yang ok ialah jenis yang tak cerewet, yang ‘cool’, yang banyak jaga kebajikan staf dia. Yang tak ok, banyaknya pasal tak jaga kebajikan staf.Macam kat pejabat aku ni,masalah utama ialah penempatan. Orang makin ramai, tempat duduk tak ada. Dah tu, tempat pegawai sedia ada nak dikecilkan. Ikut garis panduan, tak cukup saiz lagi adalah. Isu tu dah lama sebelum aku masuk lagi. Aku cakap patutnya isu tu masuk tong sampah dah, patut dah tak timbul. Tapi tak selesai sampai hari ni. Sebabnya? Bos tak buat keputusan. Keputusan tak jelas. Tak nak buat keputusan sebab takut ambil risiko.Aku kata kat kawan-kawan, macam tu baik tak payah jadi bos atau ketua. Kalau boleh buat pilihanraya, lama dah dia diundi keluar.Tapi bos tempat keje aku ni berdasarkan lantikan. Yang tukang lantik pun tak tengok sangat aspek-aspek kepimpinan dan pengurusan. Berbalik kepada isu penempatan, kesian betul aku tengok orang-orang yang baru masuk dan sedia ada tapi tempat kecil, tak sepadan dengan gred.Tapi masalah ni hanya dipandang remeh oleh bos kecil dan bos besar. Hairan! Apa sebenarnya yang mereka fikir? Agaknya cukuplah mereka sahaja yang selesa. Orang lain peduli apa.Agaknyalah fikiran mereka macam tu.Bila orang bawah bagi cadangan, taknak terima.Lagi satu kes bos mulut laser. Aku cukup tak faham kalau ada bos yang mulut laser. Tak sayang mulut. Bukankah kepimpinan melalui teladan? Masa kat surau tadi, sempat lagi aku bercerita pasal akhlak baginda Rasullullah s.a.w pada kawan rapat aku. Semalam aku baca buku mengenai Sirah baginda. Diceritakan dalam buku tu, ada seorang Badwi dengan garang berkata pada Baginda Rasul s.a.w “Berlaku adillah wahai Muhammad”. Baginda tidak sesekali marah bila mendengar perkataan itu malah Baginda Rasul s.a.w tersenyum sambil menjawab “Siapakah yang akan berlaku adil selain aku”. Memang banyak kisah-kisah baginda dalam buku tu. Kadang-kadang hati aku berkata “Kan bagus kalau dapat hidup di zaman Rasulullah s.a.w”. Baginda juga tidak menganggap dirinya lebih tinggi dari orang lain walaupun Baginda boleh berbuat begitu hatta Baginda telah dilantik oelh Allah s.w.t untuk memimpin umat manusia.Seorang pemimpin yang lebih agung dari semua pemimpin yang ada di dunia ini. Begitulah kisah Baginda. Hati aku terdetik, kenapa orang-orang kita terutama bos-bos aku ni tak boleh mencontohi akhlak Baginda Rasul s.a.w. Kenapa orang bukan Muslim boleh berakhlak lebih baik dari orang Muslim? Kadang-kadang aku rasa malu je bila jadi macam ni. Aku harap aku taklah jadi bos yang tak ok. InsyaAllah. Aku akan berazam untuk mencontohi akhlak Baginda Rasul s.a.w sebaik-baiknya.

Segala puji-pujian hanya untuk-Nya.
Segala puji-pujian hanya untuk-Nya.